Followers

Tuesday, September 9, 2008

Doa

Salam Al-Mubarak..
Sebelum aku mula bercerita dengan lebih lanjut lagi, aku ingin berdoa seketika.

Ya Allah,
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku berdoa agar puasaku dirahmati dan diberkati olehMu. Aku berdoa agar keluargaku, kawan-kawan yang terdekat serta kawan-kawan yang mengenali aku, sanak saudara, teman istimewaku dan roh2 kaum keluarga yang telah meninggal agar diberi kesejahteraan, dirahmati dan dijauhkan dari buruk sangka & dengki khianat. Insya Allah. Aminn..

1 Ramadhan
Pada mulanya aku epi sangat. Ye ar. Puasa pertama ni mesti teruja skit. Aku sebenarnya tak biasa bersahur. Asal bersahur je, aku aku akan rasa lapar yang amat sangat. Sampai kadang-kadang rasa pedih di ulu hati. Tapi, excited punya pasal, aku bersahur. Mungkin salah satu sebab ialah ramai. Kebetulan Abg min dan keluarga turut serta. Pelik. Aku tak plak rasa lapar. Mungkin itu dulu 4-5 tahun yang lepas. (Aku sudah mengamalkan tidak bersahur sejak 4-5 tahun yang lepas..heheheh). Petang sebelum berbuka, lebih kurang pukul 6.30pm. Erkk~ *sad. Aku period. Sabar ajelah.

9 Ramadhan
Al-hamdulliah.. Hari ini aku mula berpuasa. Hari ini juga aku mula solat berterawih dan mengaji. Ada sesuatu yang terpanggil untuk aku menulis hari ini. Aku membaca email pagi tadi. Email dari seorang kawan berkenaan “Doa”.

Aku teringat akan kata-kata dari seseorang yang bukan berbangsa Islam (opis lama). Dia pernah bertanya kepada aku.
“Orang Islam sembahyang 5x 1 hari kan? Sembahyang untuk apa?” Mr. L tanya.
Terkujat aku masa tuh. Apa motif dia? Yang aku tau dia orang Kristian. Soalan ini agak sensitive bagi sesetengah pihak. Aku terdiam seketika sambil otak aku ligat berfikir supaya jawapan aku nanti tidak menimbulkan apa2 spekulasi.
“Kita sembah Tuhan macam Mr. L sembah Tuhan you lah..”
Lambat aku jawab tapi dengan penuh keyakinan.
“Lepas sembahyang lu orang doa apa? Kita orang Kristian doa untuk semua orang tau bukan untuk diri sendiri & family saja” Mr. L
Aku baru nak jawab, Mr. L masih lagi meneruskan kata-kata dia. Ish! Melampau betul dia nih. Sabar ajelah.
“Kami org Kristian wiken mesti pegi church sembahyang. Kami baca doa untuk semua orang tau”
Rilek.. Rilek.. Aku tunggu je Mr. L abih cakap, pastu baru aku cakap. Aku dapat lihat muka Mr. L penuh bangga dan senyum penuh makna tatkala dia bercerita tentang agama dia.
“Kami orang Islam pon doa untuk semua orang juga. Kami sembahyang 5x = 1 hari x 7 hari seminggu = 35x. So, kami doa untuk semua orang 35x seminggu. Itu blom kali dengan setahun lagi tau.”
Berubah muka Mr. L masa tuh. Aku senyum. Tak sempat dia berkata lagi, aku terus menyambung ayat aku.
“Kita orang Islam kan, tak perlu tunggu sembahyang baru doa tau. Saya kalau nampak orang Cina ka, India ka, apa ka… tepi jalan tolak motor. Saya doa juga tau. Kasi Tuhan senangkan dorang…..”
Mr. L terus diam. Aku senyum skit (tapi, lam hati, Allah swt jek yang tau. Lau leh aku nak senyum sampai ke telinga tau). Nasib baik si ‘K’ cepat-cepat tukar topic. Dia paham kot ape yang aku rasa. Benda nih memang sensitive isu. Aku bukan ape, sesekali dapat ‘sekolah’ Mr. L yang tau nak hentam jek agamal lain, kan tak baik. Lagi-lagi agama Islam, agama yang aku sanjung nih.
Tapi kan, aku saja je nak bagitau nih. Aku bukan nak dabik dada atau apa saja. Aku memang suka mendoakan untuk semua orang. Setiap kali aku melihat kesusahan orang lain, aku akan berdoa untuk mereka. Supaya Tuhan permudahkan perjalanan mereka. Kebetulan, setiap kali aku nak pegi dan pulang dari keja, aku pasti melalui Tanah Perkuburan orang Islam. Selain aku member salam, ‘kalau sempat’ aku tak lupa mendoakan untuk mereka serta bersedekah al-fatihah.

Jadi, buat Mr. L (walaupun aku tau dia takkan baca blog aku nih), setiap agama mempunyai cara yang tersendiri. Bagi aku, agama Islam adalah agama yang paling suci. Aku bangga dilahirkan sebagai orang Islam. Moga Mr. L akan sedar suatu hari nanti. Insya Allah.. (Doa juga nih)

p/s: Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua kawan-kawan yang beragama islam. (rasanya masih belum t’lewat lagi nak ucap nih).

3 comments:

Anonymous said...

bijak bijak... jawapan yg bernas dan penuh hikmah.

-azlan-

hana robert said...

:) setiap agama dalam dunia mmg memanggil penganutnya utk berbuat baik sesama manusia. takde pulak rasanya dalam buku suci setiap agama memberitahu utk bermusuh2an sesama manusia, kan.. (secara logiknye la.. tatau laa klo ada..) termasuk mendoakan keamanan setiap insan di sekeliling kita.. tidak kah itu salah satu cara berbuat baik sesama insan? tapi jarang kita terus mendoakan org yg buat dengki kat kita, kan? (atau bila mana kita rasa dikhianati).. paling koman pun, mesti kena penangan 'sumpah' dan kata2 yg tak senang didengar (hehe), sebelum mula terlintas utk mendoakan dia dapat balasan setimpal dengan apa yg dia buat kat kita.. humm.. manusia, mana sempurna.. tapi aku yakin tetap ada segelintir manusia yg meletakn kesabaran di hadapan, dan mendoakan kesejahteraan 'pengkhiatan tu' bila dirinya dikhianati. ;) aku doa aku akan tergolong dlm org2 yg kuat tahap kesabarannya.. amin.. Wallahualam.

bestnyer pose kat M'sia!! ada pasar ramadhan! ops!

XoLoVeQuoTeXo said...

actually hana... aku respect sume agama. setiap agama ade kelebihan masing2 kan? cume terpulang pada kite sendiri bagaimana nak mencorakkanya. Insya Allah hana, aku berdoa agar ko, aku & sume tergolong dalam org2 yang kuat kesabarannya.. Aminnn...