Followers

Wednesday, November 30, 2011

Kebab kasih syg kakak & adik

Bismillahirrahmanirrahim

Anda suke mkn kebab? Saya ske.. Lg2 yg kt jln TAR. Dpn ..... Stp kali nk beli pasti beratur pjg. Marbles btol!

Baru2 ni saya n kak yin plan wat kebab sndiri. Saya share dgn anda bahan2nye ye.

Bahan2:
Roti pita
Daging cincang
Timun
Tomato
Bawang besar
Sos cili
Mayonis
Serbuk oregano
Garam

Cara2:
Bawang, tomato n timun dipotong dadu. Daging cincang dilenyekkan. Tumis bawang skit. Minyak x perlu terlalu byk ikot daging sbb nt ia akn berair. Setelah naik bau, masukkan daging cincang.

Setelah daging masak (if berair, buang air tu dlu ye) masukkan tomato, bwg and timun yg telah dipotong dadu.. Gaul sampai rata..
Kemudian letak skit sos cili, serbuk oregano n garam. Gaul rata n pastikan cukup rasa.

If rasa dah ok, letak dlm bekas n gaul dgn mayonis. Pergh!! Terliur plak der.. Sapu marjerin skit pd roti pita dan dibakar. Then belah roti n ley ar letak daging yg dah dicampur dgn sume bhn td.

Saya nk rasa lebih sedap saya letak cheese di atas daging spt dlm gambar. Mmg simple kan? Uols ble tgk gambar mmg x spt dikedai kan? We ols mmg x letak byk sos sb xnk daging tu terlalu lembek. If nk sos byk ley bubuh sblm letak cheese ye. Mmg superb.

p/s: Ske blt tgk org mkn masakkan kite dgn byk. Saya n kkak yin mkn sorg seketul jek. Yg lain mkn lebih dr 1. En. Suami pon mkn sampai 3 ketul. Sb tu kami namakan "kebab kasih syg kakak n adik". Selamat mencuba kwn2.


Aisya Musa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 28, 2011

Iman dan bola

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai semua.. Arini dah isnin. Esk kembali bekerja. X saba nk wat kj. X bleh blah statement aku ni kan? Haha

Aku n hb boring xtau nk watpe. Nk kuar xtau nk g mne. Lgpon if esk da keje we ols mmg mls nk kuar sb xnk penat bdn.. Kne kasi ckp rest supaya esk wat kj dgn tenang & b'semangat. Hehe

Smlm we ol pg al-ikhsan n belikan Iman bola. Ske btol dia. Da ar tendangan kaki kiri. Mcm beckham.. Hehe. Perasan aku. So, ptg td bw iman n kezen2 dia main bola kt padang sek ren.

Silalah enjoy gambo2 ni ye.. Aku, hb, iman n kezen2 iman nmpk sggh gembira. Lg2 kezen2 iman yg batak dgn padang. Hahahaha.. Budak2 mmg cani kan.. So xcited!!

p/s: Suke ble tgk iman epi bermain2 dgn kezen dia.

Aisya Musa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Congrats Adik!

Bismillahirrahmannirrahim

Salam Maal Hijrah buat semua. Cane cuti nih? Uols pegi bercuti @ m'hadiri mne2 majlis perkahwinan?

Saya n family pegi umah auntie nila di bkt badong ( makcik belah suami). Anak auntie yg biasa dipanggil adik (Intan Darina) berkahwin.

Hari sabtu pagi dia nikah. Dgn 2x lafaz adik sah bergelar isteri now. Syukur.. Pasangannye dari tanjong karang. Bercinta dari skul sampai ke jinjang pelamin. Jodoh.. :D

Ahad pula hari persandingan. Mmg meriah. Saya pon hepi sb dapat berjumpa dgn sanak saudara. Yelah.. Bkn slalu dpt jumpa dorg pon kan? Kan?

Saya share gambar2 sepanjang kenduri kendara tu ye. Have fun.

p/s: Semoga adik dan pasangan (aku lupe nama suami dia sbnrnye..) Kekal dan bahagia hingga akhir hayat. Insya Allah..

Aisya Musa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433

Bismillahirrahmanirrahim

As salam buat anda semua. Syukur Ya Allah kerna aku masih berpeluang bernafas di bumiMu ini.

Saya ingin berkongsi dgn anda sume doa akhir thn n awl thn.

Doa akhir thn dimana harus dibaca 3x selepas waktu asar sebelum maghrib.

Barangsiap yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w serta keluarga dan sahabat2 baginda. Ya Allah Ya Tuhan kami,perkara2 yang telah kami lakukan drpda perbuatan2 yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakanya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu Ya Allah, ampunlah kami dan mana2 perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan amal baik yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa awal thn dimana harus dibaca 3x selepas waktu maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

p/s: Semoga hidup kita dirahmati, diberkati, dilindungi serta disayangi oleh Allah swt. Amin ya rabbal alamin.

Aisya Musa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Help Us to Serve U!!

Bismillahirrahmanirrahim

Hai sume.. How's u guys? Sihat x? :D

On 23rd-24th Nov, one of our office unit IIUM Press ade bkk booth kt Central. Wat survey bagaimana utk improove unit n mntk pendapat org ramai.

Selain pengunjung kne survey form disamping itu kami memberikan door gifts wat mereka.

Acara di'launched' by our Dean, Prof. Ridza dgn jayanye. Yeay! Yeay!

p/s: Saya sayang RMC. Saya sayang keje saya..

Aisya Musa
Via Maxis Blackberry

Friday, November 25, 2011

Ubi Gatok

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam.

Anda pernah dengar @ makan ubi gatok? Saya x penah masak sb xtau. Nih 1st time makan.

Rasa? Hurm.. Ley tahan gak. Antara bahan yg saya nmpk, ade ikan bilis, bawang, cili kering n of coz ubi kayu yg rebus n lenyek.

Thx to my sis kak yong krn sedekahkan ubi gatok yg yummy ini.

p/s: Nk mntk menu kt kak yong sb keliling uma bykkkkkk pokok ubi kayu. Hehe

Aisya Musa
Via Maxis Blackberry

Monday, November 21, 2011

Bismilahirrahmanirahim..

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

A
da seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Makna Bismillahirrahnirrahim

Bismillah memiliki dua makna :

1. Sebagai kalimat IZIN.
Bismillah bukan sebagai penukar kenikmatan, contohmya makan nasi dengan membaca bismillah akan sama nikmatnya dengan makan nasi tanpa baca bismillah, tapi bismillah merupakan kalimat izin bagi hamba Allah yang merasa hidupnya hanya sekedar “menumpang”, karena sesungguhnya semua yang ada di atas dunia ini milik Allah dan manusia diberi kenikmatan untuk memakai fasilitas Allah tsb.

Makna Ar-Rahman
Ar-Rahman (Maha Pengasih), merupakan rahmat Allah dalam Bentuk sarana hidup Dilihat dari segi etimologisnya, Ar-Rahman berwazan ” “fa’laan” yang menunjukkan banyak. Oleh karena itu rahmat Allah yang berupa sarana hidup ini diberikan untuk semua makhluk di alam semesta (rahmatan lil alamiin), baik manusia maupun binatang, baik muslim maupun kafir. Makna ini digunakan dalam Al-Qur’an [20: 5, 19:75]

Makna Ar-Rahiim
Ar-Rahiim: Maha Penyayang, merupakan rahmat Allah dalam Bentuk petunjuk hidup. Dilihat dari segi bahasanya, Ar-Rahiim berwazan (berpola) “fa’iil” yang menunjuk ketetapan dan kekekalan. Ar-Rahiim berupa rahmat Allah dalam bentuk petunjuk hidup, diberikan hanya untuk orang-orang yang beriman, menunjukkan kenikmatan yang terus menerus dan kekal. Dalam Qur’an makna Ar-Rahiim sererti terdapat pada Q.S. 33:43 dan QS 9:117. Ar-Rahman dan Ar-Rahiim Allah berikan bersama-sama kepada hamba-hambaNya sesuai pengucapannya yang utuh dan lengkap (selalu bismillahirrahmaanirrahim). Allah telah memberikan kepada manusia selain sarana hidup juga petunjuk hidup (hidayah). Tinggal manusia yang berusaha menggapai petunjuk hidup (hidayah) tersebut. Fenomena sekarang, manusia umumnya menikmati sarana hidup tapi lupa/mencampakkan petunjuk hidup yang berharga. Manusia lupa, siapa yang memberikan sarana hidup tersebut, manusia menganggapnya semata-mata atas usaha mereka, padahal semua sarana hidup tersebut Allah berikan gratis dan bersifat menyeluruh. Rasulullah menerangkan keutamaan seseorang yang mengucapkan basmalah dalam HR Abu Daud dan dihasankan oleh Ibnu Shalah: “Setiap urusan yang baik yang tidak diawali dengan Bismillaahirrahmaanirrahim maka tidak akan mendapat barokah”.

Referensi
• Paket BP Nurul Fikri, Setetes Basmallah dan Hamdallah
• Hasan Al-Banna, Kunci Memahami Al-Qur’an

p/s: Insya Allah.. setiap ape jua yg saya lakukan.. akn saya mulai dengan Bismilahirrahmanirahim..

Thursday, November 17, 2011

My Inspirations...








p/s: These quotes inspirations for me.. Make my life better.. and better.. more better

Harimau Malaya vs Garuda

Hi semua.. Ape khabar?

Petang nih akan berlangsung perlawanan bola sepak (Sea Games 2011). Hope sgt Harimau Malaya akn menang.. Malaysia Boleh!!! Nak balik sharp 5pm walaupun harini ade Sirim Audit.. huhu

Attached gambo2 Harimau Malaya yg dpt sy google...


p/s: Team Malaysia Boleh!! Malaysia tanah tumpah darahku!!

Wednesday, November 16, 2011

Wedding - Badi & Ija

As salam.

Last sunday we ol went to wedding ceremony di Taman Muhibbah, Bt. Arang.

Cuaca agak baik. X bape panas sgt. Lauk ade byk. Ayam golek pon ade. Ditakdirkan saya dpt berjumpa dgn a few x skulmate. Antaranya, ain n aepul, aya n family, ayong n wife & ramai lagi lew.

Dpt lew borak2 dgn dorg jap. X ley lama pon sb kazen ade kt uma tgh tggu saya.

Oklah.. Saya attached a few pics utk tatapan uols ye. Have fun!

Tis pic was taken from Ani's FB

p/s: Marilah kite sama2 berdoa agar Badi & Ija berbahagia hingga akhir hayat. Insya Allah

Tuesday, November 15, 2011

Panduan Mendidik Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Kongsi info: NurulAmir

Monday, November 14, 2011

Bag baru Iman!

Hi semua! Selamat hari isnin.. :D

Mood: Ceria slalu
Environment: Sgt bz sb esk meeting. Paperwork kne get ready n softcopy to upload.

Order new bag for Prince Iman and finally received it today. Mesti Iman hepi. Thx to En. Suami krn sudi belikan bag nih utk Iman. Nt ble2 bag utk B plak ye abg.. Hehe

p/s: Syukur Ya Allah di atas rezeki yg telah Kau berikan. Al-hamdulillah...

Sunday, November 13, 2011

Ibu & Iman

Hi..

Kali nih saya nk share reaction saya bersama Iman. Ble tgk gambo2 nih, btol lah spt ape diperkatakan.. Muka Iman dan saya mmg sejibik.

Muka bulat, bentuk bibir, telinga and especially hidung. Hehe.. Ibu luv u so much Iman. Iman doa agar Iman berjaya dunia akhirat.. Insya Allah.

p/s: Masih teringat lg saat mengandungkan Iman.. Melahirkan Iman.. Jaga Iman ms pantang.. Tup2!! Now Iman dah 1y 9m sudey. Cpt sggh ms berlalu kan??..

Prepaid Broadband - Maxis

Salam 1 Malaysia..

Pagi pegi kedai runcit nk beli baked bean, roti, tolur, honey star n HL milk for our breakfast.

Ms beli tu en. suami nmpk prepaid broadband - maxis starter pack kt kedai tu. Dia tanye cane nk pakai sb tab II we ol xd sim card lg. Tokey tu ckp bole trs pakai. So, en. suami pon beli ar.

Pai kt uma, ikot instruction. Tp xle pakai gak. Kol Maxis dorg suh we ol gi Maxis Ctr sbb nk kne register dlu. Apekah? We ol dah kne tipu ar dgn tokey tuh. Igt tru phone da ok tp kne gi Maxis Ctr ga .. :(. So, if nk beli Prepaid Broadband Maxis nih seeloknya beli dr Maxis Ctr @ Dealer yg sah supaya at the end of d day x sshkan kita balik ye..

So, dlm pg yg ujan.. Kami pon pg ar Maxis Ctr kt Tmn Tun. Al-hmdllah.. Settle sudey. Dah ley surfing gne Tab II tuh.


p/s: Topup je ley beli dr kedai runcit, other than that better go straight to Centre. 2x keje dibuatnye...

Thursday, November 10, 2011

Lebihan daging qurban

Hi! Saya masih dlm mood nk bagi menu. Kali nih burger buatan sendiri. Ye ar.. if ade daging lebihan ms raya qurban itu ari ade lagi, ley cuba nih. Mne tau dah bosan masak kari daging, daging kicap, paprik daging.. ha! cuba wat burger daging plak kan? hehehe

Bahan2:

-Daging dicincang
-Garam
-Lada Hitam

-Serbuk roti

-1 biji Telur

-Bawang merah (dipotong dadu / blender aje) (ni optional, tak nak ubuh pun x pe)
-daun seleri –cincang

-parmeson cheese

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Lepas tu buatla macam bentuk burger tu.. hehehe..

Tadaaaaa... sudey siap utk digoreng.

p/s: Sorry, xd gambo. Saya x wat sb daging qurban saya dah abih ye. Sila maklum :D

Wednesday, November 9, 2011

Daging kicap bersantan

Hi semua.. Ape khabar? Sihat x? Arini saya nk share dgn uols daging kicap favourite saya. Berminat ley copy cara masakan, x berminat ley wat x tau ye. Ade aku kesah? Hahaha..

Nih sempena hari raya qurban yg lepas.. Mesti kite dpt daging kan? Hehe

Bahan2:
Daging 1/2 kilo lebih skit ar
Santan 1/2 biji
Bawang besar 2bj
Bawang putih 2 ulas
Halia lebih kurg besar ibu jari
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap masin
Kicap manis
Kayu manis
Bunga lawang
Jintan putih, jintan manis
Cili api, bwg hiris n skit lada hitam

Cara2:
Bawang besar, bwg putih dimesin. Halia diketuk sj.

Tumis kayu manis, bunga lawang. Kuning jek then masukkan jintans. Masukkan bwg yg dimesin. Kacau pai kuning. Bubuh santan pai gelegak baru mskkan daging. Masukkan halia. Letak semua jenis kicap di atas dan sos tiram. Then, lada hitam yg ditumbuk. Belah sikit cili api, cili besar n hiris bwg n masukkan dlm kuali. Gula n garam secukup rasa.

Tadaaaaa.. Sudey siap gitu.

p/s: Santan seeloknya pekat utk melazatkan lagi masakan. Believe me.. :D Yummy!!