Followers

Showing posts with label Menu. Show all posts
Showing posts with label Menu. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Lebihan daging qurban

Hi! Saya masih dlm mood nk bagi menu. Kali nih burger buatan sendiri. Ye ar.. if ade daging lebihan ms raya qurban itu ari ade lagi, ley cuba nih. Mne tau dah bosan masak kari daging, daging kicap, paprik daging.. ha! cuba wat burger daging plak kan? hehehe

Bahan2:

-Daging dicincang
-Garam
-Lada Hitam

-Serbuk roti

-1 biji Telur

-Bawang merah (dipotong dadu / blender aje) (ni optional, tak nak ubuh pun x pe)
-daun seleri –cincang

-parmeson cheese

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Lepas tu buatla macam bentuk burger tu.. hehehe..

Tadaaaaa... sudey siap utk digoreng.

p/s: Sorry, xd gambo. Saya x wat sb daging qurban saya dah abih ye. Sila maklum :D

Wednesday, November 9, 2011

Daging kicap bersantan

Hi semua.. Ape khabar? Sihat x? Arini saya nk share dgn uols daging kicap favourite saya. Berminat ley copy cara masakan, x berminat ley wat x tau ye. Ade aku kesah? Hahaha..

Nih sempena hari raya qurban yg lepas.. Mesti kite dpt daging kan? Hehe

Bahan2:
Daging 1/2 kilo lebih skit ar
Santan 1/2 biji
Bawang besar 2bj
Bawang putih 2 ulas
Halia lebih kurg besar ibu jari
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap masin
Kicap manis
Kayu manis
Bunga lawang
Jintan putih, jintan manis
Cili api, bwg hiris n skit lada hitam

Cara2:
Bawang besar, bwg putih dimesin. Halia diketuk sj.

Tumis kayu manis, bunga lawang. Kuning jek then masukkan jintans. Masukkan bwg yg dimesin. Kacau pai kuning. Bubuh santan pai gelegak baru mskkan daging. Masukkan halia. Letak semua jenis kicap di atas dan sos tiram. Then, lada hitam yg ditumbuk. Belah sikit cili api, cili besar n hiris bwg n masukkan dlm kuali. Gula n garam secukup rasa.

Tadaaaaa.. Sudey siap gitu.

p/s: Santan seeloknya pekat utk melazatkan lagi masakan. Believe me.. :D Yummy!!