Followers

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433

Bismillahirrahmanirrahim

As salam buat anda semua. Syukur Ya Allah kerna aku masih berpeluang bernafas di bumiMu ini.

Saya ingin berkongsi dgn anda sume doa akhir thn n awl thn.

Doa akhir thn dimana harus dibaca 3x selepas waktu asar sebelum maghrib.

Barangsiap yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w serta keluarga dan sahabat2 baginda. Ya Allah Ya Tuhan kami,perkara2 yang telah kami lakukan drpda perbuatan2 yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakanya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu Ya Allah, ampunlah kami dan mana2 perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan amal baik yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa awal thn dimana harus dibaca 3x selepas waktu maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

p/s: Semoga hidup kita dirahmati, diberkati, dilindungi serta disayangi oleh Allah swt. Amin ya rabbal alamin.

Aisya Musa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

No comments: