Followers

Wednesday, January 18, 2012

Perkara Kecil vs Perkara Besar...



Salam petang semua.. Bagaimana hari ni? Kita di opis sgt bertungkus lumus dlm menyiapkan keje yg terlah terbengkalai lebih kurg seminggu... :D (tanggungjawab)

Kita rasa nk berkongsi dgn korg ttg pendapat kita mengenai "Prob kecil vs Prob besar". Pernah x uols bertengkar dgn partner @ rakan kerana problem kecil.. Prob kecil yg diperbesar2kan?? Pernah?

Banyak perkara dalam hidup ini sebenarnya hanya problem kecil tapi kadang2 kita telah memperlakukannya sebagai problem besar. Dengan menanam perasaan positive secara x langsung kite boleh membentuk perspective baru bahawa prob tersebut hanya perkara kecil. Maka dgn itu kita akn punya lebih byk masa utk memikirkan perkara2 yg lebih besar. Belajar utk berdamai dgn diri sendiri terlebih dahulu, barulah hubungan kite dgn org lain akn menjadi baik dan insha allah akn merasa tenang.. :D

Antaranya:

* Berbuat baik dgn semua org
* Terimalah seadanya pasangan anda @ rakan anda
* Isikan hidup anda dgn kasih sayang
* Jadilah pendengar yg baik
* Berhentilah menyalahkan org lain

Sebelum berkahwin, kita ade beli sebuah buku bertajuk Men are from Mars and Women are from Venus. Salah satu topic yg aku suke ialah Perkara kecil yg menjadi Perkara besar. Yg paling ketara dan org selalu perkatakan ialah, sebelum kahwin semua indah, semua best.. tp selepas kahwin?? sendiri mau ingat. hehehe

Syukur al-hamdullilah bagi kita dan suami, byk perkara yg kami masih kekal hingga kini. Contoh: Panggilan2 sayang, baby, cuk mmg sentiasa diucap.. Tapi, kali nih kita nk cakap bg pasangan yg sudah berubah. Hingga memaksa kita memujuk hati kita sendiri. Ikotkan hati nak sangat merajuk, nak terasa hati.. tapi patutkah??

Pujuk diri sendiri, berfikirlah secara positive," Ooo.. mungkin dia penat. Banyak keje di opis. Tanggungjawab pon da bertambah.. Lagi2 ank dah masuk 3 org. Thn depan yg sulung dah sekolah. Mesti dia xd masa nk fikir benda2 yang remeh nih.."

Hati wanita amat sensitive. Perkara kecil hingga ke perkara besar mereka pasti menitikberatkan dari segala aspek. Kadang2 tuh, perkara kecil itu dianggap sama besar dgn perkara besar. Si suami sibuk berfikir utk meningkatkan economy family, kehidupan yg lebih baik utk ank2 dan isteri. Tapi bg wanita??? Bukan emas permata, bukan rumah besar, bukan perabot baru tapi perhatian. At least, si suami spend time dgn isteri utk berborak. Masa yg paling sesuai sebelum tido. Berbicaralah ttg opis, keje anda, bola, bergossip @ apa saja.. insha allah pasti si isteri sanggup mendengar nya. Kemudian, jgn lupa bertanya pada si isteri pula.. ttg isteri seharian di rumah.. isteri di opis, ank2.. insha allah pasti si isteri akn lena tdo selepas itu. Hati isteri berbunga2 spt musim bunga di seoul.. hehe

Bagi pendapat kita, si suami perlu seimbang dan adil. Kita paham suami penat mencari nafkah utk kehidupan yg lebih baik.. Btol! Zaman sekarang duit amat penting. Duit bukan segalanya tp segalanya perlukan duit. Tapi, x salah dan x rugi jika anda semua (suami) beri masa skit (dalam otak anda) utk selitkan perkara2 kecil spt ini.. Perkara kecil yg boleh jadi perkara besar. Insha Allah hidup kite semua akn bahagia.. Panggillah dia (isteri) dgn panggilan2 romatic, selalulah peluk dia (di rumah lah ye), kiss dia, cium tgn dia (walhal si isteri tiap2 hari cium tgn suami sblm pg kj).. x perlu malu utk buat itu semua sbb anda suami & isteri. Bahagia kan? Senang kan? X perlu guna byk tenaga kan?

Semoga dgn tips2 yg x seberapa ini dapat kita manfaat utk berbahagia dgn family kita di dunia & akhirat. Lebih afdhal jika kita dapat solat berjemaah dgn suami / isteri / family kita.

p.s. i luv u: I luv my Husband and kid! Terimalah suami / isteri kita seadanya spt dia menerima kita. Jgn asik merungut je ye! Kita berdoa agar kita menjadi isteri solehah buat suami kita, Rozalino Rahmat. Insha Allah

(Eh! ada ke lelaki baca blog kita nih ek?.. huhu)

No comments: