Followers

Thursday, January 19, 2012

Menahan marah



Salam khamis buat anda semua. Menghapdate blog di ofis bkn bermakna kita x buat keje, tapi syukur target utk buat keje hari ini sudah achieved. :D Teringat akan satu perkara telah menggerakkan hati kita utk berbicara ttg hal ini.

Kita bekerja kerana Allah (swt). Dari situ lahirlah rasa akan tanggungjawab, amanah. Namun sebagai hamba Allah, kita xkn terlepas dari sebarang dugaan dan ujian. Kalau diikutkan sangat rasa hati ingin skali kita memaki hamun org yg telah buat kita marah, tapi itu bukanlah jalan penyelesaian yg baik. Bukan cara org Islam. Oleh itu kita beristighfar. Kita sayang dan hormat akn perhubungan persahabatan itu. Malah, dalam hati ini, kita telah cuba sematkan sifat sabar itu. Sifat yg amat dipuji oleh Allah (swt).

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Riwayat al-Bukhari

Huraian:

  • Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.
  • Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.
  • Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
Masya Allah dugaan itu sgt hebat hingga memaksa kita menahan perasaan yg sungguh dlm. Kita faham akan perasaan ini kerna kita pernah memarahi sahabat dgn teruk sebelum ini. Tanpa memikirkan ttg diri dia. Tapi itu telah lama berlalu dan telah dijadikan tauladan dan pengajaran utk kita.



Kita lemparkan senyuman pada mereka. Mereka yg telah buat kita marah.. mereka yg telah malukan kita. Lemparkan senyuman seikhlas mungkin. Beristighfarlah sebanyak mungkin selagi kita berpegang teguh dgn ajaran Islam. Moga dgn senyuman & istighfar itu mampu meredakan marah kita. Insha Allah..



p.s. i luv: Nak sambung beristighfar.. :D

No comments: