Followers

Monday, January 30, 2012

Goodies - Iman's Burfday

Bismillahirrahmanirrahim

Salam pagi2 buta Isnin utk uols.. Hehe. Kite x tdo lg nih. Dok tggu En. Suami sms utk bgtau samada dia dah nek bus ke blom. :D

Sempena burfday iman 22hb yg lepas kami suami isteri bersetuju utk beri goodies utk kwn2 kelas iman di Educare.

Mesti dorg suke nnt kan? Kite plak yg t'lebih excited. *ngeeee.. Kite akn suh teacher letak dlm bag dak2 tu time blik. So, dorg ley mkn kt umah..

p.s. i luv u: Aku bersyukur Ya Allah di atas rezeki yg Kau beri supaya dapat aku memanjangkan rezeki itu kpd org lain yakni bersedekah.. :)

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Sunday, January 29, 2012

Mari kita solat

Bismillahirrahmanirrahim

Salam senja ahad.. :D

Solat itu adalah doa si hamba kepada Khaliq-nya, yakni Allah SWT

Pertemuan antara hamba dengan Tuhan-nya...

Tempat pertemuan itu ada di dalam hati, jika hati tertutup, tidak mengindahkan dan tidak peduli, ataupun mati, maka solat yang dilakukan itu tidak memberi manfaat kepada dirinya....

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Ingatlah bahwa dalam tubuh itu ada sekeping daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh tubuh itu. Dan apabila ia rusak, rusak pulalah semua tubuh itu.

Daging itu adalah hati." Solat juga merupakan perbualan hamba dengan Tuhan-nya, sesuai dengan firman Allah:

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (Q.S. Al-Fatihah: 5)

Pada kebanyakan orang, solat dirumuskan oleh mereka sebagai syurga di hati sebelah kanan dan neraka di sebelah kiri, sedangkan sirat (titian) berada di depan, dan Allah sedang memerhatikan semua gerak-geri hati dan anggota badan hamba-Nya.

Seandainya kita merasakan sedemikian, apakah mungkin kita akan menyia-nyiakan solat dengan hati yang lalai dan pikiran yang menerawang (tidak kusyuk) ?!

Solat seorang pecinta (Muhibb) ialah dengan melepaskan diri dan hatinya dari makhluk seraya bersatu dengan Khaliq-nya. Itulah solat yang sebenar-benarnya solat.....

p.s. i luv u: Jom solat :D
Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Abg Napi & Ida E-Day

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Ahad dipagi2 buta nih uols.. Kite x tdo lg. So, igt nk hapdate E-day abg napi. Baru kali nih berkesempatan nk wat.

Lepas zuhur kami gerak ke Setia Alam, Klang. Ikot puncak alam. Ley thn ar perjlnan tuh. Sampai sne, dgn upacara risik merisik, bergurau senda.. Persetujuan telah dicapai. Hehe.. Tarikh n bape hantaran xmo ckp ar. Kne tanya tuam punya bdn ye.

Oklah.. Nk share dgn uols gambo sekitar majlis ye. Hv a nice wiken..

p.s. i luv u: Moga ikatan mereka akn ke jinjang pelamin.. Ke akhir hayat. Insha Allah

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Saturday, January 28, 2012

Kek gula hangus

Bismillahirrahmanirrahim

Salam dipagi sabtu yg mendung. Anda sihat x? Syukur, kite masih diber peluang utk bernafas di bumi Allah (swt) ini.

Arini ade byk plan. Nk g jemputan sepupu husband side di Serdang. Nk g tempah cake Iman utk kwn2 dia di skul. Nk g beli goodies utk kwn2 Iman. Nk g beli baju skali. Sempat ke sampai uma sblm maghrib ek? Huhu

Korg ske x kek gula hangus? Ini salah 1 kek febret nih selain kek batik. Haha. Kite ord dr x skulmate - ain (nt kite mskkan link ye). Niat kite sb nk bantu kwn2 yg berniaga nih tp syukur. Mgkn Allah (swt) tau niat kite ikhlas :D, x rugi ord dr dia. Sedap tau. Congrats ain. Kite doa agar 1 day ain berjaya dlm business. Insha Allah.

If dilihat dr gambo, x dinafikan texture kek tu chantek. Campuran telo tu x terasa lgsg. Ye ar.. Kan kdg2 if kite beli rasa telo sgt b'lebihan. ;P..

Part yg paling sy ske ialah bhgian tepi. Yg byk kerak2 tu. Hehe.. Berebut tau! So, once again, well done ain. Insha Allah kite pasti akn ord lg dr ain.

p.s. i luv u: if nk ord search "Aien Epul" di FB... :D

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Friday, January 27, 2012

Baby Arissa Azzahra

Bismillahirrahmanirrahim

Salam malam sabtu buat anda semua. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
Lepas solat maghrib kita dan Iman bergegas pegi Hentian Sg. Buloh utk menjemput en suami.

Then we ol gerak ke Pantai Dalam utk menziarah sahabat yg baru bersalin 2nd baby. Lama dah x jumpa kak wana. Berborak macam2 dgn dia. Syukur, kak wana n baby (Arissa Azzahra) sihat walaupon baby deliver ms berumur 35wiks dlm perot. Allah Maha Besar.

Mcm biasa, if pegi umah mak kak wana kami pasti dihidangkan dgn mknan. Ns ayam ade, laksa ade, durian pon ade. :D thx makcik...

p.s. i luv u: Moga kak wana tabah dlm waktu berpantang ini. Insya Allah

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Bimbing Isteri cara Rasulullah (saw)

Salam Jumaat yang indah buat semua.. :D

The original article was written on Friday, 09 December 2011 07:14by Pengurus Web from http://www.one-ummah.net

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah pula dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, seorang suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah SWT: "Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Kebahagiaan rumahtangga dapai diraih apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah hilang sabar, mudah berprasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah isteri mesti dipandu atau dibimbing oleh suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa mempelajari sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran suami.

Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri lupa daratan. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh mencederakan isteri.

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf. Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah SAW.

Tatkala Rasulullah SAW lalu di sebelah rumahnya, perempuan tua itu akan membaling sampah kepada Rasulullah SAW. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah SAW. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Baginda lalu di sebelah rumahnya. Namun sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda. Suatu hari Rasulullah SAW rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya kepada jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu Baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah SAW bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Baginda yang sanggup menziarahi dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar, Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu, menyebabkan terbuka hatinya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam peristiwa yang lain, pernah Rasulullah SAW melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu Baginda memberi salam. Namun tiada seorang pun yang menjawab salam baginda. Rasulullah SAW memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua, mereka menjawab: "Kami sengaja mahu Rasulullah SAW mendoakan untuk kami."

Begitu Rasulullah SAW mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.

Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah SAW menjawab: "Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya." Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya: "Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah SAW meminta kepada Siti Aishah r.a. supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata: "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti."

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih, sekalipun jika dia seorang pemimpin. Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, suami hendaklah merendahkan sifat egonya, seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW tatkala bersama Siti Aishah.

Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.

Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan. Sebagai pemimpin dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu, emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.

Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala isteri sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain). Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur.

Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Bukanlah untuk menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya. Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW.

Suatu hari isteri-isteri datang menemui Baginda, dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya: "Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah,yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah SAW tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian. Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah SWT. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang tertentu. Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah SAW mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah SAW menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda pun berkata, "Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur, barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya, bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya." Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi kebaikan yang besar kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah boleh membahagiakan seisi alam.

Wallahua'lam.

p.s. i luv u: Ya Allah, terima kasih kerna menjadikan Rozalino Rahmat suamiku. Aku mencintainya keranaMu. Abang, terima kasih kerana bersabar dgn kerenahku. Terima kasih juga di atas bimbingan abang agar ku menjadi isteri & muslimah yg solehah di dunia & akhirat. Amin ya rabbal alamin..

Friday, January 20, 2012

Manusia dan kesulitan..

Al-hamdulillah, segala puji bg Allah (swt), selawat dan salam buat Rasulullah dan para sahabatnya. Salam sayang buat anda semua. Di pagi Jumaat ygindah ini mari kita berfalsafah skit ye.. :D

Ada manusia diuji dgn kesusahan yang bertimpa-timpa
Ada manusia diuji dgn keperitan berapa lama dan senang seketika
Ada manusia diuji dgn kemewahan yg bertambah
Ada manusia diuji dgn kesakitan @ penyakit
Ada manusia akan terus diuji sebelum mati, itu janji Allah (swt) yg pasti!!

Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

(
La ilaha ila anta subha naka inni kuntu minal zolimin)

Ertinya: "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, Ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yg membuat zalim"
Surah Al-Anbiyak (21): 87

Sebagai hamba Allah (swt) kita xkn terlepas dr sebarang dugaan dan cabaran. Hingga terkadang kita hampir berasa putus asa. Dgn keimanan, ketaqwaan dan kesabaran yg kuat kita tempuh segala rintangan. Tiap ape yg berlaku dengan izi Allah (swt). Kunfayakun. Apa yang Dia kehendaki pasti terjadi. Sebaliknya, yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan pernah terjadi.

Bersujudlah kepadaNya, pohonlah pertolongan dariNya agar dipermudahkan segala kesulitan itu. Maka kita diperintahkan untuk berdoa saat mengalami kesulitan.

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً Ùˆَ Ø£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً

Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja'altahu Sahlaa Wa Anta Taj'alul Hazna Idza Syi'ta Sahlaa

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan Apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.


p.s. i luv u: Allah Maha Adil lagi Bijaksana..

Thursday, January 19, 2012

Surah & Kebaikkannya



Salam sayang dari kita. Tgh tgk tv tba2 nk share info dgn uols.

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi'ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je..
.
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke

p.s. i luv u: Selamat beramal & renung2kan

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Menahan marah



Salam khamis buat anda semua. Menghapdate blog di ofis bkn bermakna kita x buat keje, tapi syukur target utk buat keje hari ini sudah achieved. :D Teringat akan satu perkara telah menggerakkan hati kita utk berbicara ttg hal ini.

Kita bekerja kerana Allah (swt). Dari situ lahirlah rasa akan tanggungjawab, amanah. Namun sebagai hamba Allah, kita xkn terlepas dari sebarang dugaan dan ujian. Kalau diikutkan sangat rasa hati ingin skali kita memaki hamun org yg telah buat kita marah, tapi itu bukanlah jalan penyelesaian yg baik. Bukan cara org Islam. Oleh itu kita beristighfar. Kita sayang dan hormat akn perhubungan persahabatan itu. Malah, dalam hati ini, kita telah cuba sematkan sifat sabar itu. Sifat yg amat dipuji oleh Allah (swt).

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Riwayat al-Bukhari

Huraian:

  • Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.
  • Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.
  • Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
Masya Allah dugaan itu sgt hebat hingga memaksa kita menahan perasaan yg sungguh dlm. Kita faham akan perasaan ini kerna kita pernah memarahi sahabat dgn teruk sebelum ini. Tanpa memikirkan ttg diri dia. Tapi itu telah lama berlalu dan telah dijadikan tauladan dan pengajaran utk kita.



Kita lemparkan senyuman pada mereka. Mereka yg telah buat kita marah.. mereka yg telah malukan kita. Lemparkan senyuman seikhlas mungkin. Beristighfarlah sebanyak mungkin selagi kita berpegang teguh dgn ajaran Islam. Moga dgn senyuman & istighfar itu mampu meredakan marah kita. Insha Allah..



p.s. i luv: Nak sambung beristighfar.. :D