Followers

Wednesday, January 18, 2012

Perkara Kecil vs Perkara Besar...



Salam petang semua.. Bagaimana hari ni? Kita di opis sgt bertungkus lumus dlm menyiapkan keje yg terlah terbengkalai lebih kurg seminggu... :D (tanggungjawab)

Kita rasa nk berkongsi dgn korg ttg pendapat kita mengenai "Prob kecil vs Prob besar". Pernah x uols bertengkar dgn partner @ rakan kerana problem kecil.. Prob kecil yg diperbesar2kan?? Pernah?

Banyak perkara dalam hidup ini sebenarnya hanya problem kecil tapi kadang2 kita telah memperlakukannya sebagai problem besar. Dengan menanam perasaan positive secara x langsung kite boleh membentuk perspective baru bahawa prob tersebut hanya perkara kecil. Maka dgn itu kita akn punya lebih byk masa utk memikirkan perkara2 yg lebih besar. Belajar utk berdamai dgn diri sendiri terlebih dahulu, barulah hubungan kite dgn org lain akn menjadi baik dan insha allah akn merasa tenang.. :D

Antaranya:

* Berbuat baik dgn semua org
* Terimalah seadanya pasangan anda @ rakan anda
* Isikan hidup anda dgn kasih sayang
* Jadilah pendengar yg baik
* Berhentilah menyalahkan org lain

Sebelum berkahwin, kita ade beli sebuah buku bertajuk Men are from Mars and Women are from Venus. Salah satu topic yg aku suke ialah Perkara kecil yg menjadi Perkara besar. Yg paling ketara dan org selalu perkatakan ialah, sebelum kahwin semua indah, semua best.. tp selepas kahwin?? sendiri mau ingat. hehehe

Syukur al-hamdullilah bagi kita dan suami, byk perkara yg kami masih kekal hingga kini. Contoh: Panggilan2 sayang, baby, cuk mmg sentiasa diucap.. Tapi, kali nih kita nk cakap bg pasangan yg sudah berubah. Hingga memaksa kita memujuk hati kita sendiri. Ikotkan hati nak sangat merajuk, nak terasa hati.. tapi patutkah??

Pujuk diri sendiri, berfikirlah secara positive," Ooo.. mungkin dia penat. Banyak keje di opis. Tanggungjawab pon da bertambah.. Lagi2 ank dah masuk 3 org. Thn depan yg sulung dah sekolah. Mesti dia xd masa nk fikir benda2 yang remeh nih.."

Hati wanita amat sensitive. Perkara kecil hingga ke perkara besar mereka pasti menitikberatkan dari segala aspek. Kadang2 tuh, perkara kecil itu dianggap sama besar dgn perkara besar. Si suami sibuk berfikir utk meningkatkan economy family, kehidupan yg lebih baik utk ank2 dan isteri. Tapi bg wanita??? Bukan emas permata, bukan rumah besar, bukan perabot baru tapi perhatian. At least, si suami spend time dgn isteri utk berborak. Masa yg paling sesuai sebelum tido. Berbicaralah ttg opis, keje anda, bola, bergossip @ apa saja.. insha allah pasti si isteri sanggup mendengar nya. Kemudian, jgn lupa bertanya pada si isteri pula.. ttg isteri seharian di rumah.. isteri di opis, ank2.. insha allah pasti si isteri akn lena tdo selepas itu. Hati isteri berbunga2 spt musim bunga di seoul.. hehe

Bagi pendapat kita, si suami perlu seimbang dan adil. Kita paham suami penat mencari nafkah utk kehidupan yg lebih baik.. Btol! Zaman sekarang duit amat penting. Duit bukan segalanya tp segalanya perlukan duit. Tapi, x salah dan x rugi jika anda semua (suami) beri masa skit (dalam otak anda) utk selitkan perkara2 kecil spt ini.. Perkara kecil yg boleh jadi perkara besar. Insha Allah hidup kite semua akn bahagia.. Panggillah dia (isteri) dgn panggilan2 romatic, selalulah peluk dia (di rumah lah ye), kiss dia, cium tgn dia (walhal si isteri tiap2 hari cium tgn suami sblm pg kj).. x perlu malu utk buat itu semua sbb anda suami & isteri. Bahagia kan? Senang kan? X perlu guna byk tenaga kan?

Semoga dgn tips2 yg x seberapa ini dapat kita manfaat utk berbahagia dgn family kita di dunia & akhirat. Lebih afdhal jika kita dapat solat berjemaah dgn suami / isteri / family kita.

p.s. i luv u: I luv my Husband and kid! Terimalah suami / isteri kita seadanya spt dia menerima kita. Jgn asik merungut je ye! Kita berdoa agar kita menjadi isteri solehah buat suami kita, Rozalino Rahmat. Insha Allah

(Eh! ada ke lelaki baca blog kita nih ek?.. huhu)

Tuesday, January 17, 2012

KENAPA TAK ROGOL SAYA???



Kita terbaca entry nih di FB sahabat kita. Kita rasa kita patut copy n paste di blog kita utk berkongsi dgn sume org.. :D

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Subhana Allah..

MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…

p.s. i luv u: Allah Maha Besar, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun..

Monday, January 16, 2012

Al-fatihah Lolo

Bismillahirrahmanirrahim

Ape kabar anda semua? Kita baik2 aje. Syukur. Iman pon makin sihat. Al-hamdulillah..

Semalam dlm kol 9pm kita dapat panggilan dr suami. Dia beritau Lolo meninggal. Lolo ialah junior kita masa di sek men. Mempunyai rupa yg agak menarik. :D

Kisahnya agak ironi. Di mana ptg smlm arwah bermain bola sepak. Selesai bermain beliau mengadu sesak nafas dan dibawa ke klinik idham, tasik puteri. Siapa yg bawa n dia meninggal bagaimana usah ditanya krn kita sendiri xtau. X sempat bertanya dgn lebih lanjut dr saudaraku, ibuani. Apa yg pasti dia meninggal di klinik tersebut. Innalillah wainnalilah hirojiun..

Serta merta otak kita teringat kali terakhir melihat arwah. Jika x salah dlm bln lepas. Di mana, kita & Iman mengikut suami ke padang. Ade game bola. Arwah, isteri serta 2 org ank parking motor sebelah kami. Kita memandang mereka dan sedekah sebuah senyuman. Itulah kali terakhir..

Kita sedih mlm td until now. Terfikir2 bagaimana isteri arwah dlm membesarkan ank2 tanpa arwah di sisi. :( Kita x mampu utk nenolong melainkan berdoa agar si isteri tabah dlm mengharungi ape jua halangan, rintangan. Kuat semangat dlm membentuk ank2 agar menjadi insan yg berjaya di dunia & akhirat. Insya Allah..

Marilah kita sama2 menghargai sume insan yg kita kenal.. Selagi hayat dikandung badan. Kita nk amik kesempatan pohon ampun & maaf jika pernah menyakiti anda.. Yg baik dr Allah (swt), yg x baik dr kita hamba Allah (swt) yg khilaf..

p.s. i luv u: Al-fatihah buat Azalan Maula @ Lolo. Semoga kamu ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Thursday, January 12, 2012

Exhausted!!

Bismillahirrahmanirrahim

Hai.. Sorry sb dah lame x update. X sempat. Prince Iman x sihat. Chicken pox. Serba x kne sume.

Iman if x sihat nk kne layan dia je. Xle wat keje lain. Nt asik nangis je dia. So, if nk wat keje uma kne tggu dia tdo.

Oklah, harap uols doa agar iman cepat sembuh ye..

p.s. i luv u: X sggp nk bayangkan keje opis yg melambak tuh!!

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Monday, January 2, 2012

JJCM 2012-1

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Isnin semua. Esok insha allah kita akn mula bekerja kembali setelah cuti 2 mggu. Lemau xyh ckp ar. Tp oleh krn memikirkan tggjwb t'hdp keje kita kne kuat semangat utk pg keje gak!! Huhu

Ari sabtu kita pegi jln2 dgn en. suami n anak. Xtau nk mkn ape. Last2 ternampak Papa John. X pnh rasa lg nih. Biasa msk Pizza Hut mkn Carbonara je. If nk mkn pizza we ols lg prefer domino's. Leboh memikat.

Kali ni we ols try Baked Papa's Special (spagethi yg di baked ala2 lasagna). Sedap! Bole thn. En. Suami ord personal pizza All Meats. Ade perbezaan gak rasanya if nk compared dgn pizza hit n domino's. But, for me domino's ttp di hati. Hehe

Neway, if uols ternampak papa john ni jgn takot x sedap. Mmg sedap n insha allah xkn nyesal ar.

Ok. Nk tdo dah. Esk start keje perlukan tenaga yg byk. Tk care n gud nite.

p.s. i luv u: Mesti Iman syiok dpt pg school n jumpa frenssssss... :D

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Iman Shakur 2012-1

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur Ya Allah.. Di atas rahmat yg telah Engkau berikan kepadaku. :D

Hi.. Happy New Year. Xnk ckp psl azam sb kita da start buat masa tahun baru islam yg lepas. :D

Masuk thn baru mmg besh sb x lme lg besday Iman Shakur yg ke-2. Al-hamdullilah Iman membesar dgn baik. Byk perkara yg Iman cepat ingat dan pelajari. Contoh; kita ajar Iman nama kita n nama baba:

Ibu: Iman sapa nama ibu?
Iman: I... Caaahh!
Ibu: Iman sapa nama baba?
Iman: E.. Nnnnnooo

Hehe.. Iman gud n smart boy. Ibu n baba luv u so much. Bln 3 @ 4 Iman akan masuk new school. X sabar rasanya.. Moga Iman menjadi ank yg berjaya di dunia & akhirat. Insha Allah

p.s. i luv u: Nk share dgn uols gambo iman with rabbit. Blom bg nama lg rabbit nih. Huhu

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Saturday, December 31, 2011

It's 31st today!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

New Year Eve tonite :D Dok umah je. X gi mne2. Plg tidak pon lepaking umah kak yin. Nk kuar out dr Rawang pon leceh sb for sure jln jem.

Today is 31st kan... So, of coz we ols akn pg 1 tmpt pd stp 31st.. Baskin Robbin!!! Stp 31st every month Baskin Robbin akn bg disc 31% utk semua item. Ske! Ske! Ske!

Biasanya akn beli 1 pint = RM25 tp after disc 31% it's become only RM17.60 jek. Kita 1 pint n en. suami 1 pint. Sb taste ice cream kita n en. suami mmg berbeza dlm bab ice cream nih. Hehe

p.s. i luv u: Canelah nk diet if cani gayanye.. Haiihh

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Friday, December 30, 2011

Breakfast & Lunch 30.12.11

Bismillahirrahmaanirrahim

Salam Jumaat semua. Uols sihat x? Kita baik2 aje. Syukur. Arini kita masak awal sb kita kena tlg kakak kita buat payslip utk staff2 dia. Dia ade hal kne ke putrajaya.

So, utk breakfast en. suami kita buat yg paling simple tp dia ske. Hehe.. Kita bkk peti ais tgk ape yg ade. Ahaaa!! Kita rebus potato. Zikuinin dipotong n tomato cherry. Alaaa.. Brokoli n capsycum da abih. Xp.. Gne aje ape yg ada..

So, ble potato da rebus, tos n campur dgn zikuinin ditmbh dgn mayonis. Gaul2 pai rata letak lada hitam kasar n hidang. Tomato cherry letak kt tepi. Siap!! En. Suami blik dr pasar beli udang n santanm so, dia nk udang msk lomak. Siap! Lawannye aku msk smbl kentang ikn bilis. Siap! Tggl grg ayam n ikan merah je.. Hehe

Oklah, nk siap2 g umah kak yong. Daa.. Hv a nice wiken uols.

p.s. i luv u: Bersemangat nk tlg kak yong!!

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 28, 2011

Me & Subway

Bismillahirrahmanirrahim

1st of all kita nk say sorry sb previous post tu kita ucap salam khamis. Hehe. Igtkan dah ari khamis. Salam Rabu sume :D

Dah 2-3 kita pegi JJ Rawang. Sonok. Jakun pon ada. Cam x caya jek xyh g shoppin complex jln berejam. Biasa g 1U @ D Curve of coz tks time + cari parking (1U).. Tp, JJ Rwg ni plak if jem pon x pai 1jam pon.. Hehe. Syukur

1st time pg xdpt beli ape2 sb org ramai. 2nd time pg sb teman beta n qissh tuko dvd x box beta. 3rd time pg berdua je dgn en. suami. Itupon semata nk beli air evian (en. suami skt tekak + pns dlm) n kita beli novel (wink). N arini pg lg dgn prince iman, mak n kak yin bru shopping. Hehe..

And d most important n d best part is Subway ade d JJ Rawang. Owh! I luv subway so much. My favo is steak n cheese + dgn roti parmesan oregano. Yummy!! Oh ya! Dun forget with xtra cheese!! Baru2 ni kita mkn n dpt calendar. Besh2 sb ade voucher for nex yer.

Subway nih antara makanan utk diet yg bagus. Ade karbo, protein, sayur2 yg cukup.. Tp, kita ske subway bkn sb nk diet tp mmg kita ske.

Oklah, kita nk sambong baca novel. Tk care peeps! Nite..

p.s. i luv u: Tba2 perot lapau n teringin nk mkn subway plak mlm2 nih. Gulp! Thn jek ar.. Huhu

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Bagaimana memperbaiki kehidupan kita

Bismillahirrahmanirrahim

Slm khamis anda sume. Kita di sini baik2 aje. Sdg belajar2 cara utk biasakan diri utk jadi suri rmhtgga sepenuh masa. Hehe

Straight to d point. Kita nk share dgn uols sume perkara yg m'dtgkan kebaikkan utk diri anda dan kita. :D

PERSONALITI
* Jgn membandingkan hidup anda dgn org lain. Anda x tau bagaimana p'jlnan hidup mereka sbnrnye
* Jgn ada perasaan negative lebih2 lg pada perkara yg anda xleh nk kawal. Tanam semangat positive dlm diri
* Jgn berlebihan dlm segala hal
* Jgn terlalu serious
* Jgn bazirkan tenaga dgn bergosip
* Bermimpilah ketika anda berjaga
* Past is past. Jgn ungkit. Ia hanya akn merskkan hubungan anda
* Hidup t'lalu pendek utk m'benci. So, jgn benci sapa2
* Berdamailah dgn masa lalu agr ia x merskkan harini n akn dtg
* Xd sp yg leh kawal kebahagian diri anda kecuali diri sendiri
* Lebihkan senyum & ketawa
* Anda x perlu menang dlm pertelingkahan. Setuju utk b'setuju

KOMUNITI
* Kerap kol family
* Stp hari berikan sesuatu yg baik utk org lain
* Luangkan byk masa utk kedua org tua n anak2
* Cb buat sekurg2nya 3 org tersenyum stp ari
* Apa yg org lain pikir ttg anda bkn masalah anda
* Pekerjaan xkn jaga anda ketika anda sakit. Tp keluarga n kwn2 yg akn jaga. Sentiasa b'hbg dgn mereka

KEHIDUPAN
* Letakkan Allah (swt) dlm ape jua yg dilakukan..
* Allah (swt) akn mengubati segalanya
* Buat perkara yg betul
* Bagaimana buruk @ baik situasi itu, ia pasti akn berubah
* Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bgn, siapkan diri dan bersedia
* Yg terbaik masih blom tba tp akn tiba
* Stp pg apabila bgn dr tdo, berterima kasihlah pd Allah (swt)
* Jika anda dekat pd Allah (swt) insha Allah anda akn gembira :D

p.s. i luv u: Allah bersamaku, Allah perhatikanku, Allah lindungiku.. Peringatan utk diri sendiri juga..

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone
Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone