Followers

Wednesday, November 9, 2011

Today's Memory 09.11.11

Salam.

Arini dtg ofis dgn perasaan gembira + xcited nk wat kj ofis yg melambak gitu.

Dtg je, dikejutkan dgn angpau dr Dean. Sume support staff dpt. EO & AD x layak dpt sb gaji dorg da byk. Hehe.. Syukur.. (Buat keje kne ikhlas, 8am-5pm kne all out then 5pm sharp balik!!!)

Kemudian dikejutkan dgn berita ttg seorg sahabat yg sakit n now admit di Pusrawi Jln Tun Razak.

Me n a few colleagues pegi menziarahi sahabat tu. Kemungkinan jangkitan pada paru2 @ paru2 berair.. Tp masih menunggu result dr Hospital.

Kami berdoa agar kak farikah akn cepat sembuh seperti sediakala. Insya Allah.. Harini mungkin hari kak farikah, esok lusa kite xtau lagi.. Wallahualam

p/s: Sebagaimana hebat dugaan Allah, begitu juga nikmat dariNya... Allah Maha Besar

Monday, November 7, 2011

Jalan2..

Salam.

Program arini ialah pegi Sg. Wang & Low Yat Plaza. Target ialah nk beli cover Tab II we ol. Dah lme nk beli tp x terbeli. Bkn ape, riso if masa Iman main tp benda tu xd cover.

Kebetulan kak yin n family nk pegi, so kami join ar skali. 1 hari yg amat memenatkan tp hepi sb da dpt cover my Tab II. Yeay! Yeay!

p/s: Mlm ni anta en. hb ke KTM Rawang. Me & Prince Iman will miss him...

Iman's Hair Style

Salam Isnin. Harini best sb xyh gi kije. :D

Aku n hb amik keputusan nk potong rambut Iman. Rambut dia mmg nipis tp dah panjang.

Ble dah potong rambut ni nmpk lain plak muke Iman. Makin tambah cumey n enshem gitu. Hehe.

p/s: rase seronok sb en. hb masin blom balik Penang.. :D


Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha

Salam 10 Zulhijjah & Salam Aidil Adha buat semua.

Marilah kite sama2 berdoa agar di hari yang mulia ini kite menghayati erti pengorbanan sebenar dlm hidup kite ye.

Semoga juga hari2 mendatang akan lebih baik dr semalam. Insya Allah..

p/s: Setiap pengorbanan yg dibuat haruslah dgn seikhlas hati ug boleh.

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Saturday, November 5, 2011

Zoo Negara

Salam.

Hari nih pegi zoo. Dah janji lamaa dah dgn Iman, asik x jd pegi je. So, arini al-hamdullilah jd gak pegi.

We ols bwk Uda and Aiman pegi skali. Supaya Iman ade gang.. Hehe. Kol 9am kami da sampai zoo. Hujan renyai2. Kami jln gak. Sib bek hujan jap jek.

Perjlnan kami berakhir dlm kol 12pm. 3jam. Sbb tu sampai awl n ley blik sblm matahari btol2 ats pala. Panas plak nnt.

Attached gambo we ol di zoo. Happy weekend.

p/s: Balik dr Zoo kami nk singgah Tesco Damansara. Nak potong rambut Iman ar

Friday, November 4, 2011

Hati


p/s: Mari kite membersihkan hati kita untuk menjadi lebih baik dr semalam.. yeay! yeay!
I Luv Allah.. :D

Thursday, November 3, 2011

Siapa kita??

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan seseorang seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A'ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT... yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kita sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu... pengampunan Allah tidak bertepi dan "bertapi" lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan seseorang yang telah menyakiti kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa... Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan seseorang. Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati... Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu... sedarlah ketika itu Allah menguji kamu! Allah bukan sahaja menguji kamu kepadanya, tetapi menguji cinta kamu kepada-NYA..

Pada ketika itu terujilah kita. Memang, orang yang paling selalu membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau sayangi. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri... Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti kasih sayang dan sabar.

Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya kasih sayang itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika kasih sayang kalah oleh marah, itu menunjukkan kasih sayang kita belum benar-benar! Kita bukan kasihkan NYA, tetapi hanya kasihkan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita sayangi) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.

Kemarahan seumpama 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita.Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup... berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita 'bebas' dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu.

Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita.Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan seseorang adalah tradisi atau "life style" orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita.

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun... Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan.

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang masih hidup, bukan untuk orang yang telah mati.

Bayangkan, seseorang yang kita kenal tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh si dia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil... Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin... tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca "4 Qul", doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan "orang lain" yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah... siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita, kenalan serta saudara sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan "sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini..." Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari sesiapa, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah... aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus sayangkannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa sayang.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan seseorang. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan kenalannya. Mereka yang diserang penyakit "benci tapi rindu" ini akan menyeksa diri sendiri.

Mereka yang sukar memaafkan seseorang akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Jadi maafkanlah selagi dia masih hidup.

Kata ahli psikologi, "Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak." Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun masih bermujahadah untuk memaafkan.

- Tulisan : Ustaz Pahrol Mohd Juoi-

p/s: Ya Allah (swt) Ya Tuhanku, berikanlah aku ketenangan itu. Aku berterima kasih padaMu kerna mengurniakan aku sifat memaafkan itu.. Mengurniakan aku sebuah keluarga yang amat memahami, mengurniakan aku seorg ank soleh yang bijak.. Aku bahagia dgn hidupku kini. Syukur..

I Don't Have Time To HATE People Who HATE Me COZ
I'M BuZy In LovinG PeoPle Who LoVe Me ~

Peraduan Menangi Wang Tunai Seteko Penuh

Salam.

Mood: Hepi + Syukur
Last july saya n office colleagues joint contest ni. Saja suke2 jek.

Kebetulan pegi beli brg2 pantry, nmpk form contest ni trs anta. Al-hamdullilah, rezeki dr Allah. Syukur. Target top 3 prizes, tp dpt saguhati. RM100 pon... Sapa nk bg. Tol x? Hehe



p/s: Semoga hidup ini tenang dan diberkati Allah (swt). Insya Allah..

Refer this: Teapot Contest

Thank you Teapot

Wednesday, November 2, 2011

Hepi Besday Mak!

Hi ter..

Today is ma mom besday. Unfortunately saya x sempat beli adiah lg utk dia. The point is not 'x sempat' tp 'xtau' nk beli ape. Hehe

Nak beli kain psg, dia da ade byk. Nak beli emas, saya x mampu. Nak beli blouse pon da ade byk. Rasanya mgkn mgu ni kami akn beli kek n foods ms raya haji.. Berkumpul sume, makan sama, bersembang, bergurau senda.. Mesti besh kan? Kan?

So, buat emak.. Org ucap selamat harijadi. Moga hidup mak sentiasa dirahmati, diberkati, dipanjangkan umo, berbahagia dunia akhirat, diber kesihatan uyg baik.. Org sayang mak!!

p/s: Saya sayang mak saya. Peace yo!

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 1, 2011

November

Hi uols.

Sekejap jek dah bulan November kan? Pejam.. Celik.. Pejam.. Celik.. Dah nak ujung thn.

Bulan ni saya belanja byk pai lah bulan depan. Sebabnye... Ramai kenalan dan saudara akn menyambut harijadi.

Esok, besday mak, tgh bln besday saudara rapat, ujg bln plak besday my luvly niece.. Raya haji lagi. So, mmg pakai duit yg byk.. Bkn byk mne pon, cume lebih dr biasa je ar. :D

Di opis, makin bz. Dgn vision IIUM nk dpt RU.. Hurm, pening n x terkejar wat keje. Tp, ati ttp ikhlas bru gaji yg dpt berkat. Btol x?

p/s: Semoga 2 bln (Nov & Dec) kite sume dpt mencapai azam thn ini. Insya Allah.. Nite uols! Luv uols~

Aishah Musa
via BlackBerry® smartphone